24 January 2013

aku buka buku baru dengan helaian yang bersih dan cantik :)

* ape yang aku rasa tatkala cuba berpikir pada masa akan datang adalah sesuatu yang membuat aku keliru ,kadang kadang kita di atas , dan kita dapat rasa ianya selesa dan apabila kita di bawah , kita dapat rasa yang kita sakit apabila dibawah , sakit dengan setiap ujian allah berikan :)

* ape yang dilakukan diaturkan disusunkan adalah semua rencana allah untuk melihat sama ada aku kau dia dan mereka mampu atau tidak menghadapi setiap cubaan allah ini , aku terdiam dan terkaku , mahu memberi jawapan yang aku sanggup , takut itu menyelubungi diri , bila nak berikan jawapan yang aku menyerah , aku silap , aku takpernah berhenti memohon dan menadah tangan kepada allah , biar pun aku susah macam mana sekali pun ;)

* kita diberi akal dan fikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan pancaroba yang diberikan , tapi kebanyak kan manusia mereka lebih senang untuk menyerah , mereka tidak pernah mencuba ;) cuba itu penting , setiap percubaan yang kita cuba mungkin akan tersasar atau tidak memenuhi syarat , maka dari situ kita belajar ;)